• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Perkukuh Kerusi Pembangkang

oleh Cj Mnh
03/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALAKONG – Kerajaan sihat perlu diimbangi dengan suara pembangkang yang kuat bagi menjamin permasalahan rakyat dapat didengari secara konsisten dan menyeluruh.

Calon MCA Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Tan Chee Teong berkata, apa yang berlaku di Selangor hari ini, Pakatan Harapan (PH) sudah terlalu kuat menyebabkan mereka terleka melaksanakan tugas.

“Sebab itu kita mesti perkukuhkan kerusi pembangkang kerana apa yang berlaku sekarang bukan keseimbangan kuasa yang adil dan sangat berbahaya.

“Mana-mana kerajaan harus takut terhadap pembangkang kerana hanya dengan cara ini kita boleh memastikan kerajaan membuat kerja dan melaksanakan janji mereka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Tan berkata, berdasarkan laporan akhbar berbahasa Cina baru-baru ini, Selangor yang mempunyai 51 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya diwakili lima pembangkang.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan penurunan jumlah soalan dibangkitkan pada persidangan kepada 420 soalan berbanding lebih 700 sebelum ini.

“Justeru, saya merayu penduduk Balakong mengundi saya kerana ia bukan saja satu kemenangan untuk MCA, tetapi untuk rakyat Selangor.

“Kami akan memastikan amalan semak dan imbang dipraktikkan, sekali gus mengelak kerajaan daripada mengambil keputusan sambil lewa,” katanya. – MyMetro.com

Tags: PRK BalakongTan Chee Teong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong Catat Peratusan Undi Terendah

08/09/2018
0

PETALING JAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah PRK...

Pakatan Harapan Menang PRK Balakong

08/09/2018
0

BANGI - Pakatan Harapan (PH) yang julung kali bertanding atas lambang sendiri pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd