• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kedah Tahan 4 Suspek, Rampas 2 Pistol, Kad Kuasa Palsu

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis Kedah menahan tiga lelaki warga Thailand dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Seraya di sini tengah malam tadi dan merampas dua pucuk pistol, sejumlah peluru dan kad kuasa palsu daripada mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata tiga suspek lelaki dengan seorang daripada mereka memiliki taraf pemastautin tetap Malaysia dan suspek wanita berkenaan ditahan kira-kira pukul 12.10 malam tadi hasil risikan dan maklumat awam.

Katanya hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemukan sepucuk pistol jenis Beretta buatan USA, sepucuk pistol tiruan, 15 butir peluru kaliber .32, sepasang gari dan Taser Gun.

“Turut ditemui tiga keping kad kuasa palsu iaitu satu kad Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan jawatan Pegawai Khas, satu kad Consulate General of Malaysia, Songkhla, Thailand dengan jawatan Senior Interligent dan kad Special Investigation Unit yang tertera logo Thai-Malaysia Border dengan jawatan Senior Interligent.

“Kami percaya kad yang tertera gambar dan nama seorang daripada empat suspek digunakan untuk memperdayakan orang ramai untuk tujuan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Nashir berkata hasil siasatan mendapati lelaki memiliki taraf permastautin tetap itu pernah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 pada tahun 2007.

Beliau berkata keempat-empat suspek berumur lingkungan 40-an hingga 60-an itu ditahan reman bermula hari ini hingga 17 Feb depan untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Supt Mohd Salleh Abdullah mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ditawarkan bantuan rumah menerusi program E-kasih.

Katanya dari Oktober 2014 hingga Januari 2015, sebanyak 60 laporan polis telah dibuat berhubung kes penipuan tersebut melibatkan kerugian berjumlah RM156,680.

Pengadu terdiri daripada penduduk kampung di daerah Padang Terap, Sik dan Kota Setar, katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai yang mendapat tawaran bantuan itu supaya menghubungi agensi dan jabatan yang berkaitan untuk pengesahan.

Katanya Isnin lepas, seorang lelaki berumur 34 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas 36 pertuduhan menipu berhubung bantuan rumah yang tidak wujud kononnya melalui program E-kasih. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd