• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SST: KPDNHEP Koordinasi Bersama Kementerian Lain

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melakukan koordinasi bersama beberapa kementerian lain dalam memastikan pelaksanaan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berjalan lancar.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata koordinasi tersebut akan melibatkan kementeriannya bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Pelaksanaan SST ini perlu dilakukan secara bersama sebab itu kita akan adakan koordinasi dengan kementerian yang terlibat bagi menentukan jenis perkhidmatan dan barangan yang dikenakan atau tidak dikenakan SST.

“Akta SST ini bawah Kementerian Kewangan dan kementerian ini yang akan tentukan barangan mana yang perlu dikenakan cukai ini manakala KKMM melibatkan perkhidmatan telco seperti kad tambah nilai prabayar telefon bimbit,” katanya kepada pemberita selepas Program Kayuhan Amal dan Sentuhan Kasih Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kampung Tengah Relau, Bandar Baharu di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Sri Jamil Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abd Wahab dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri R. Summugam.

Sementara itu, Saifuddin berkata pihak kementerian memahami kekangan bahawa terdapatnya peniaga yang tidak memperolehi maklumat mencukupi berhubung perlaksanaan SST yang menyebabkan mereka tidak sedar mereka melakukan kesalahan.

“Selain itu, ada peniaga yang kenakan SST pada barang yang tidak sepatutnya dengan menjadikan kos upah dan pengangkutan sebagai alasan tetapi kita akan pantau dan ambil tindakan,” katanya.

Katanya, kumpulan peniaga ini dinasihatkan untuk merujuk laman web Jabatan Kastam yang tertera senarai perkhidmatan dan barang yang dikenakan SST.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan zakat korporat dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebanyak RM139,500 kepada lebih 300 orang kurang berkemampuan dan 20 institusi seperti sekolah, surau, masjid dan madrasah. – BERNAMA

Tags: cukai SSTKPDNHEP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai SST Naik, Peniaga Bazar Ramadan Diberi Amaran

Cukai SST Naik, Peniaga Bazar Ramadan Diberi Amaran

02/03/2024
0

MELAKA - Peniaga negeri ini termasuk peniaga bazar Ramadan diberi amaran untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati...

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd