Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Eizlan Yusof, Isteri Sah...

PELAKON yang juga ahli perniagaan, Datuk Eizlan Yusof disahkan bercerai talak satu dengan isterinya,...

Bekas Penjaga Gol Barcelona,...

LONDON - Bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes kini berlatih untuk Manchester United,...

Pemimpin, Jentera UMNO Diseru...

SHAH ALAM- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar seluruh...

Hukuman Sebat Kelantan Tak...

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017)...

Cukai SST Naik, Peniaga Bazar Ramadan Diberi Amaran

MELAKA – Peniaga negeri ini termasuk peniaga bazar Ramadan diberi amaran untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati selepas kenaikan cukai jualan (SST) berkuat kuasa pada Jumaat lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Tuminah Kadi berkata, pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus mempertingkatkan pemantauan termasuk dengan berpakaian seperti orang awam bagi memudahkan operasi terhadap individu yang berdegil menaikkan harga melampau.

“Saya beri amaran termasuk peniaga Bazar Ramadan yang akan beroperasi tidak lama lagi, jangan ambil kesempatan dengan isu SST.

“Lebih-lebih lagi kenaikan itu tidak membabitkan perkhidmatan untuk makanan dan minuman selain kerajaan memberikan pelbagai bentuk subsidi di semua peringkat masyarakat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program ‘Empowering Women’ melibatkan acara sukan jet ski sempena sambutan Hari Wanita Sedunia di Pantai Puteri di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor berkata, pasukan pemantauan KPDN Melaka telah pun berjalan sejak bulan lalu dan akan dipergiatkan lagi menjelang Ramadan.

“Ini termasuklah di pasar raya, kedai runcit dan restoran dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku kenaikan yang tidak munasabah,” ujarnya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori