• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sihat Perlukan Pembangkang Kuat – Calon MCA

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALAKONG – Sebuah kerajaan yang sihat perlukan pembangkang yang kuat bagi memastikan suara rakyat dapat didengari kerajaan secara menyeluruh, kata calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong Tan Chee Teong.

Katanya pembangkang akan memastikan amalan ‘semak dan imbang’ dapat dipraktikkan seterusnya mengelak kerajaan daripada mengambil keputusan sambil lewa.

Ini menurutnya, sepertimana berlaku di Selangor yang mempunyai 51 anggota DUN dan hanya lima pembangkang yang menyaksikan penurunan jumlah soalan dikemukakan untuk persidangan DUN daripada lebih 700 sebelum ini kepada hanya 420, berdasarkan laporan akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

“Alasan diberi adalah kebanyakan anggota DUN masih baharu dan tidak tahu prosedur yang betul dan terlepas tempoh serah soalan mereka. Lebih kecewa bukan seorang atau dua tetapi kebanyakan mereka tidak menyerahkan soalan.

“Ini tidak boleh diterima kerana ia tanggungjawab ADUN untuk kemukakan soalan, membahas. Kalau gagal dalam tugas asas ini apa lagi boleh harap mereka lakukan untuk rakyat,” katanya pada sidang media, sambil merayu pengundi untuk mengundinya bagi menambah jumlah pembangkang dalam kerajaan Selangor.

Tan akan berhadapan calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki dalam PRK itu pada 8 Sept ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Ng menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi. – BERNAMA

Tags: MCAPRK Balakong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd