• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SST: Kalau Rakyat Tahu Awal…

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan PH tidak akan memenangi PRU14 sekiranya rakyat menyedari pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melibatkan cukai bertingkat.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6 peratus dimansuhkan, PH menggantikan dengan SST dengan kadar 5 peratus, 6 peratus dan 10 peratus.

“Jika pada nafas yang sama disebut mansuh GST dan diganti SST 5 peratus, 6 peratus,10 peratus, mereka mungkin tak menang PRU14,” katanya melalui Twitter pada Sabtu.

Menurut beliau, harga barang memang akan naik selepas pelaksanaan SST kerana peniaga akan memasukkan kos SST itu dalam harga barang.

“Memang (harga) barang akan naik. Daripada 0 peratus cukai kepada 5 peratus, 6 peratus, 10 peratus SST. Tak kiralah berapa jumlah barang yang kena SST, barang itu akan naik harga.

“Sebab SST itu jadi kos kepada peniaga dan dimasukkan dalam harga, rakyatlah yang kena bayar. Kadar cukai 10 peratus atau 5 peratus tak dimasukkan dalam resit,” katanya.

Hari ini, kerajaan kembali melaksanakan SST selepas memansuhkan GST yang diperkenalkan BN pada 1 April 2015 yang diletakkan pada kadar 0 peratus sejak 1 Jun lalu.

Pelbagai reaksi membanjiri media sosial berhubung pelaksanaan itu di mana rata-rata pengguna melahirkan rasa tidak puas hati berhubung pengenaan cukai ke atas tambah nilai prabayar.

Namun Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengesahkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu tidak lama lagi. – Sinar Harian Online

Tags: cukai SSTDatuk Ahmad Maslan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai SST Naik, Peniaga Bazar Ramadan Diberi Amaran

Cukai SST Naik, Peniaga Bazar Ramadan Diberi Amaran

02/03/2024
0

MELAKA - Peniaga negeri ini termasuk peniaga bazar Ramadan diberi amaran untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati...

Mahathir Beri Gambaran Lagi Banyak Kategori Kena SST

08/10/2019
0

PETALING JAYA - Kenyataan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mengenai penambahbaikan cukai SST memberi gambaran lebih banyak kategori barang atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd