• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penampilan Paling Cemerlang Pada Sukan Asia 2018

oleh
02/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri menyifatkan kejayaannya meraih satu perak dan dua gangsa pada penampilan kedua Sukan Asia kali ini adalah yang terbaik sepanjang bergelar atlet kebangsaan.

Penerjun berusia 19 tahun itu meraih gangsa dalam acara 3m papan anjal individu dengan kutipan 330.75 mata pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, di sini, malam ini.

Seorang lagi atlet negara, Wendy Ng Yan Yee pula menamatkan saingan di tempat kelima daripada 12 peserta setelah mengumpul 304.80 mata.

Dua penerjun China, Shi Tingmao dan Wang Han meraih pingat emas dan perak selepas masing-masing mengutip 389.40 dan 383.40 mata.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan pencapaian saya pada kali ini berbanding pada 2014 di Incheon di mana saya gagal meraih pingat,” kata Nur Dhabitah ketika ditemui media Malaysia selepas acara berkenaan.

Dalam pada itu, Nur Dhabitah mengakui agak sukar memberikan tentangan kepada dua penerjun China pada saingan hari ini, memandangkan mereka mempunyai trek rekod yang lebih baik, terutamanya dalam beberapa kejohanan dunia.

“Saya mampu buat lebih bagus dalam acara hari ini tetapi saya akui sedikit gementar kerana mahu memberikan yang terbaik dalam acara terakhir saya pada Sukan Asia kali ini,” jelas anak jati Kuala Lumpur itu.

Nur Dhabitah sebelum ini meraih perak bersama Yan Yee dalam acara 3m papan anjal seirama selain satu gangsa bersama penerjun veteran, Leong Mun Yee dalam acara 10m platform individu.

Dalam pada itu, penerjun lelaki negara Jellson Jabillin menampilkan aksi mengecewakan pada penampilan sulung Sukan Asia setelah menduduki tangga kelapan daripada 10 penerjun dalam acara 10m platform individu dengan kutipan 385.05 mata.

Kuasa terjun dunia, China meraih emas dan perak dalam acara berkenaan menerusi Yang Jian dan Qiu Bo yang mencatat 579.10 dan 566.60 mata, manakala gangsa diraih atlet Korea Selatan, Woo Haram dengan kutipan 477.55 mata.

Secara keseluruhan, skuad terjun negara meraih satu perak dan tiga gangsa pada edisi ke-18 temasya sukan itu. – BERNAMA

Tags: Nur Dhabitah Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Raih Emas Pertama Sukan SEA

08/05/2022
0

KUALA LUMPUR – Penerjun sensasi negara, Nur Dhabitah Sabri menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara satu meter (m) papan...

Pandelela, Dhabitah Berganding Semula

06/04/2022
0

PERSOALAN mengenai siapa yang akan menjadi pasangan baharu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10 meter (m) platform...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd