• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Capai Sasaran 7 Emas Menerusi Skuasy Lelaki

oleh
01/09/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Malaysia telah mencapai sasaran tujuh pingat emas pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas pasukan skuasy lelaki menewaskan pilihan utama Hong Kong 2-1 dalam final di Stadium Skuasy Gelora Bung Karno di sini, malam ini.

Malaysia memulakan kempen dengan langkah kiri selepas juara kebangsaan, Ivan Yuen Chee Wern memberi tentangan sengit sebelum tewas 7-11, 18-20, 11-9, 8-11 kepada Yip Tsz Fung.

Bagaimanapun, skuad negara menghidupkan semula peluang apabila Mohd Nafiizwan Adnan menyamakan kedudukan dengan mengalahkan Max Lee Ho yin 11-9, 11-7, 11-7 pada perlawanan kedua.

Perseorangan ketiga negara, yang juga bekas juara remaja dunia, Ng Eain Yow mengesahkan pingat emas menjadi milik Malaysia apabila mengejutkan juara perseorangan Sukan Asia 2018, Leo Au Chun Ming, dalam straight set 11-7, 11-7, 11-4 pada perlawanan ketiga.

Selain acara berpasukan lelaki, skuad skuasy negara turut menghadiahkan emas menerusi Datuk Nicol David dalam acara perseorangan wanita.

Di samping skuasy, Malaysia setakat ini telah memperoleh emas iaitu dua dalam acara boling (trio wanita dan Masters lelaki), berbasikal trek (pecut individu), pelayaran (Terbuka Laser 4.7) dan sepak takraw dalam acara regu lelaki. – BERNAMA

Tags: Skuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd