Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Keadilan Buat Prebet Adam...

RAMAI yang bertanya mengapa saya mengangkat subjek Prebet Adam Bin Jaafar, seorang lelaki...

19,495 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini meningkat kepada...

PKP Tetap Berkuat Kuasa...

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa dan individu yang melanggar...

Maszlee Tinjau Sekolah Daif...

KOTA KINABALU - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau akan melawat sekolah-sekolah...

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

Juara kategori bawah 13 tahun Kejohanan Terbuka Remaja Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini berkata, dia mahu berusaha lebih gigih lagi bagi mempertingkatkan lagi corak permainannya.

Katanya, kejayaan yang dirangkul bukan sesuatu yang mudah apatah lagi dunia masih dibelenggu pandemik COVID-19 dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

“Tentunya saya sangat gembira dengan gelaran ini,” katanya yang menewaskan Maya Mandour dari Mesir 11-6, 8-11, 13-11, 11-6 di pentas final di AS itu baru-baru ini.

“Menjurai gelaran USJO (Terbuka Remaja AS) ini adalah hadiah tahun baharu terbaik buat saya. Saya berterima kasih kepada ibu bapa kerana memastikan kejayaan ini tercapai walaupun masih dalam keadaan pandemik. Perjalanan ini bukan sesuatu yang mudah.


“Sasaran saya seterusnya adalah BJO (Terbuka Remaja Great Britain, pada Januari) untuk kategori bawah 15 tahun. Saya akan berlatih dengan lebih gigih apabila kembali ke Malaysia nanti.”

Untuk rekod, ini adalah gelaran kedua dalam karier Harleein selepas menjuarai kategori bawah 11 tahun Terbuka Remaja Great Britain di Birmingham, tahun lalu.

Selain gelaran di Britain, Harleein turut pernah meraih kejayaan di Kejohanan Terbuka Remaja Hong Kong dan Terbuka Remaja Singapura.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori