• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komited Selesai Masalah Infrastruktur PPR Lembah Subang

oleh
01/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk menyelesaikan permasalahan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang di sini termasuk membaiki lif, pengurusan sistem perparitan dan sampah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah itu perlu selepas pemerintahan kerajaan terdahulu gagal menangani masalah berkenaan.

“Sebelum ini semasa pemerintahan kerajaan terdahulu kita maklum Menteri KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Tan Sri Noh Omar, waktu itu beri jaminan untuk tangani masalah berkenaan, namun kita lihat hari ini masalah itu masih berlanjutan.

“Sebab itu, sebagai kerajaan baharu kita beri jaminan kepada penduduk untuk laksanakan program baik pulih kemudahan sedia ada di sini untuk keselesaan penduduk,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program minum petang bersama penduduk PPR Lembah Subang hari ini.

Turut hadir calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Sehubungan itu, Dr Wan Azizah menyeru supaya penduduk di kawasan itu keluar mengundi dan memilih calon PH sebagai wakil rakyat mereka pada 8 Sept ini.

Beliau berkata dengan cara itu akan memperkuatkan lagi kerjasama antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan.

“Pakatan Harapan bukan lagi pembangkang tetapi telah pun menjadi kerajaan, begitu juga dengan barisan kemimpinan kerajaan Selangor yang terdiri daripada wakil rakyat pakatan.

“Jadi apabila kita dari satu parti, kerjasama itu bertambah kukuh dan lebih mudah.

“Saya yakin apabila Halimey dipilih menjadi ADUN, beliau mampu membawa masalah rakyat ke pengetahuan kita, supaya kita boleh selesaikan masalah itu bersama,” katanya.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus, 2 Ogos lepas.

PKR DUN Seri Setia akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Halimey dan calon PAS, Dr Halimah Ali.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu, Shaharuddin menenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd