• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga India Maut Dalam Kebakaran Di Klang

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang lelaki warga India maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan rumah kedai dua tingkat di Jalan Tengku Kelana di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi berkata ketika kejadian mangsa yang dikenali sebagai Subramani, 44, sedang tidur bersama lima lagi pekerja kedai emas di bahagian atas rumah kedai berkenaan.

“Mereka merupakan pekerja kedai emas yang terletak di bawah premis rumah kedai ini. Mangsa bersama empat lelaki warga India dan seorang lelaki warga tempatan sedang tidur ketika kejadian 2.30 pagi tadi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata empat pekerja kedai emas itu sempat menyelamatkan diri apabila dikejutkan dengan bunyi letupan dan gegaran dari tingkat bawah premis berkenaan.

Katanya, seorang lagi pekerja warga India yang dikenali sebagai Rajesh, 28, yang turut berada di tempat kejadian masih belum ditemui.

Sisatan awal mendapati, Subramani dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ekoran terhidu asap tebal dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Kamarul Zaman berkata pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Sri Andalas turut bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran.

“Kita tidak menolak kemungkinan letupan disyaki berpunca daripada gas kimpalan emas yang diletakkan di bahagian bawah premis…namun kita akan menunggu laporan forensik bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd