• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rekod Kenyataan Guan Eng Mengenai Isu Cukai RM16 Bilion

oleh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam berhubung isu lebihan cukai sebanyak RM16.046 bilion yang gagal dibayar balik kepada pembayar cukai sejak lebih enam tahun lepas.

Ketika mengesahkan perkara itu, Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata sesi itu berlangsung selama dua jam di pejabat beliau.

Beliau berkata, ini bagi membolehkan pihak polis menyiasat kes itu sebagai pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan susulan laporan polis oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji (Perak) Chong Zhe Min yang dibuat pada 23 Ogos lepas.

Baki kredit belum dibayar balik sehingga 31 Mei 2018 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu melibatkan 1,653,786 kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan.

Menurut Lim, baki tunggakan yang besar tersebut adalah disebabkan oleh kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).

Berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara, baki sedia ada dalam TBBC pada 31 Mei 2018 adalah RM1.486 bilion.

“Tunggakan besar bayaran balik baki kredit sebanyak RM16 bilion sehingga melebihi enam tahun ini berlaku kerana Jawatankuasa Pengurusan Wang Tunai Kementerian Kewangan, yang bermesyuarat secara bulanan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, tidak memindahkan peruntukan yang mencukupi kepada TBBC seperti yang dipohon oleh LHDNM,” katanya.

Malah, kata Lim, Ketua Pengarah LHDNM turut menulis surat secara rasmi kepada Mohd Irwan pada 2016 bagi meminta lebih banyak wang dipindahkan kepada TBBC tetapi tidak dipedulikan. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd