• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lagi Pelajar Ditahan, Bantu Kes Buli Di MRSM Parit

oleh
31/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Lima lagi pelajar lelaki tingkatan tiga ditahan bagi membantu siasatan kes memukul dan membuli dua orang pelajar tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MARA) Parit di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua pelajar berkenaan yang disyaki terlibat dalam kes buli berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah kira-kira pukul 4 petang semalam oleh pihak sekolah.

“Kita minta kerjasama pihak sekolah untuk membawa kesemua pelajar yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut untuk dibawa ke pihak polis bagi membantu siasatan.

“Kesemua pelajar tersebut diambil keterangan dan dilepaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 10 malam tadi,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, Isnin lepas, dua pelajar lelaki tingkatan satu berkenaan mengalami kecederaan di bahagian badan serta kepala selepas ditendang dan dipukul oleh sekumpulan pelajar senior yang memakai penutup muka di bilik menonton televisyen di sebuah blok asrama sekolah berkenaan.

Berikutan kejadian itu, tiga pelajar tingkatan tiga telah ditahan untuk diambil keterangan, Rabu lalu, bagi membantu siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama. – BERNAMA

Tags: kes buli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

18/08/2025
0

JOHOR: "Anak saya mengalami masalah gegaran otak akibat buli hingga keluarga kami berdepan pelbagai kesulitan, tetapi pelaku tidak diambil tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd