• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tanah Mukim Ijok Selesai, Tiada Pendakwaan

oleh Cj Mnh
30/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah selesai menjalankan siasatan terhadap kes berkaitan isu tanah di Mukim Ijok dan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki, berkata bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan tiada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes terbabit.

“Kes Ijok ini kita (SPRM) sudah kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada tindakan susulan terhadap kes berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, Jawatankuasa Badan Bertindak Asal Peneroka Tanah Ijok membuat laporan kepada SPRM kerana mengesyaki berlaku penyelewengan oleh beberapa individu yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian penyelesaian berhubung kes tanah berkenaan di Mahkamah Persekutuan.

Jawatankuasa itu mendakwa, pihaknya mengesyaki individu terbabit ada menerima suapan untuk kompromi hak dan kepentingan peneroka di kawasan itu.

Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mempersoalkan mengapa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang pada ketika itu menjadi Menteri Besar Selangor memulangkan kembali tanah yang sudah dirampas dari dua pemaju perumahan di Ijok pada 2009.

Tanah berkenaan kemudiannya dijual kepada pihak lain.

Abdul Khalid mendakwa ada pihak tertentu pernah cuba membuat tawaran kepadanya ketika beliau masih menyandang jawatan Menteri Besar Selangor bagi menyelesaikan isu tanah Ijok itu, ketika prosiding kes berkenaan sedang berjalan.

Beliau turut dilaporkan berkata ada pihak tertentu yang berkepentingan termasuk ejen tanah dan institusi kewangan yang tidak mahu projek berkenaan dipulihkan. – BH Online

Tags: Isu Tanah IjokSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd