• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Ditahan Miliki Pistol Angin Dan Gari

oleh Ahmad Albab
30/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita warga Indonesia kerana memiliki pistol angin dan gari dalam serbuan di sebuah rumah di Lorong Permai Jaya 5, Taman Permai Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah itu pada pukul 2 petang dan menahan tiga lelaki serta seorang wanita berusia 23 hingga 46 tahun.

“Hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui satu senjata menyerupai pistol angin dan satu kelopak berisi 17 butiran kecil bebola plastik serta sepasang gari dan sehelai uniform menyerupai pakaian seragam tentera berlencana Amerika Syarikat.

“Polis tidak menolak kemungkinan mereka menggunakan pistol angin dan gari itu untuk kegunaan jenayah namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Katanya dua daripada mereka positif dadah dan mereka kini direman bagi membantu siasatan.

Nik Ros Azhan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 89 Akta Polis 1967.

Sementara itu, dalam perkembangan lain katanya polis menahan pasangan kekasih berusia 23 dan 31 tahun dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas kira-kira 200 gram dadah jenis methamphetamine bernilai RM5,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Mengkuang Berapit, di sini awal pagi ini.

“Bertindak hasil risikan sejak minggu lepas, polis menyerbu rumah itu pada pukul 1.20 pagi dan berdasarkan siasatan pasangan itu menjadikan rumah berkenaan sebagai lokasi membungkus semula dadah berkenaan sebelum menjual kepada pelanggan.

Beliau berkata siasatan juga mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah dan positif dadah.

Katanya pasangan itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Pistol Tiruanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd