• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Cedera Guna Pedang 7 Spanar, 2 Jiran Didakwa

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang berjiran hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan saling mencederakan satu sama lain menggunakan pedang dan spanar, tiga hari lepas.

Mohd Amin Mohd Ali, 54, pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) dan Muhammad Saiful Abdul Wahab, 27, penganggur, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.

Mohd Amin didakwa mencederakan Muhammad Saiful menggunakan pedang yang boleh mendatangkan kematian di hadapan rumah di Blok D-3-11, Jalan Taman Intan Baiduri, Projek Perumahan Rakyat Intan Baiduri, Sentul, di sini, kira-kira 1.30 tengah hari, 8 Feb lepas.

Dia juga didakwa mencederakan abang kepada Muhammad Saiful, Shahiran, 31, juga menggunakan senjata yang sama pada tarikh dan di lokasi yang sama.

Muhammad Saiful pula didakwa mencederakan Mohd Amin menggunakan spanar besi pembuka tayar yang boleh mendatangkan kematian, pada tarikh dan di lokasi sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sepuluh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dihadapi Mohd Amin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan atas alasan terpaksa menanggung dua isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak.

Nur A’minahtul Mardiah membenarkan Mohd Amin diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin manakala Muhammaf Saiful yang juga tidak diwakili peguam diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes. – BERNAMA

Tags: mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd