KAYA…. Selepas kecoh dengan isu Opcom Holdings yang Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Mokhzani Mahathir dapat tender RM11 juta daripada Telekom Malaysia, kini timbul pula isu baru!
Seorang lagi anak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Mirzan turut menggemparkan dunia korporat tanah air apabila dilaporkan berjaya dapat tender bekal minyak petrol untuk semua kenderaan kerajaan Malaysia.
Berita itu tular dalam kalangan netizen apabila ramai pengguna media sosial tempatan berkongsi tangkap layar memaparkan salinan pekeliling Kementerian Kewangan bertarikh 3 Ogos lalu yang dihantar kepada semua jabatan.
Berdasarkan memo khas itu yang ditandatangani Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, Ahmad Suhaimi Endut, asalnya dikirim kepada Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Fuel International Sdn. Bhd., Faridah Ali.
Mirzan mempunyai saham terbesar dalam firma minyak dan gas utama di Filipina sejak 2011 yang turut memiliki kepentingan menerusi syarikat arak terkemuka berpusat di negara majoriti Kristian itu, San Miguel Corporation.
Ia kemudian mengambil alih pengurusan lebih 600 stesen minyak jenama Esso dan Mobil pada 2013, sekali gus jadi pesaing terkuat kepada syarikat minyak dan gas milik penuh kerajaan, Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Namun, ramai netizen kutuk keras pekeliling ‘bocor’ itu sebagai bukti Mahathir cuba beri kekayaan segera kepada anaknya dan tidak kenang jasa Petronas baru sahaja serah dividen RM24 bilion kepada kerajaan untuk tahun ini.
Walhal sebelum ini, Mahathir ‘hina’ penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang miskin sebagai malas kerja akibat terlalu dimanjakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu tetapi tidak pula jika libat kepentingan anaknya.
Antaranya termasuklah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Nor Adam yang secara sinis menulis menerusi akaun Instagram: “Kayalah Mirzan, dulu semua kenderaan kerajaan pakai minyak Petronas, syarikat minyak negara.
“Sekarang, semua kenderaan kerajaan kena guna minyak syarikat anak Perdana Menteri, Petron. Hari ni rakyat telan bulat-bulat tohmahan negara konon muflis akibat dirompak dan rasuah berleluasa ketika era BN dahulu.
“Apa pihak SPRM buat apabila Opcom dapat tender TM tiga hari lepas Mahathir jadi PM? Ni seorang lagi anak Mahathir dapat bekal minyak kepada kerajaan, SPRM nak tutup mata juga ke? Mungkin bagus tutup aje SPRM.
“Jangan haraplah Anwar Ibrahim, Nurul Izzah atau Rafizi Ramli nak tegur Mahathir dan bela nasib rakyat. Semua bacul, pejuang rakyat konon!” jelas Lokman merujuk pemimpin PKR itu yang dahulu lantang bercakap isu rasuah.
Sekiranya memo yang tular dalam kalangan netizen itu adalah sahih, terbuktilah kerajaan Pakatan Harapan jauh lebih teruk ‘rompak’ kekayaan negara dan amat berbeza dengan pentadbiran telus sebelum ini. – Mynewshub.TV
* Video berikut sekadar sindiran…