• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Buru PATI Mulai Tengah Malam Ini

oleh Cj Mnh
30/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (Imigresen) akan melancarkan operasi besar-besaran mulai tengah malam ini yang bukan sahaja menumpukan kepada pekerja asing, malah turut ‘memburu’ majikan yang melindungi mereka.

Operasi itu juga memberi tumpuan terhadap sindiket yang membawa masuk warga asing yang tiada keperluan dalam pasaran pekerjaan di negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata operasi yang dinamakan sebagai Hari Hari Operasi atau HHO itu diadakan berikutan berakhirnya Program 3+1 iaitu program serah diri dan pulang secara sukarela.

Menurutnya, bermula Januari hingga 28 Ogos lalu, sebanyak 181,529 PATI sudah mendaftar dan pulang ke negara masing masing yang kebanyakannya dari Indonesia dan Bangladesh.

Beliau berkata, sejak program dilaksanakan 2014, sebanyak 867,336 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyertai program ini dan sudah dihantar pulang secara sukarela.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mereka, sudah banyak masa diberikan untuk mereka mendaftar di dalam program ini.

“Imigresen akan melaksanakan penguatkuasaan secara agresif bagi memastikan sebanyak mungkin PATI dihantar pulang serta majikan yang degil pula akan diambil tindakan.

“Kita akan mengambil segala langkah yang perlu dan tindakan tegas bagi menangani isu berkaitan PATI dan warga asing,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan bersama warga Imigresen, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata kawalan di pintu masuk negara juga diperketatkan bagi mengurangkan risiko potensi pelawat asing bertukar status menjadi PATI apabila sudah berada di negara ini.

Sepanjang tahun ini, beliau berkata seramai 43,429 pelawat asing ditolak kemasukan (NTL) ke negara ini kerana kedatangan mereka diragui. – BH Online

Tags: Jabatan Imigresenoperasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

Imigresen Selamat 10 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Sindiket Pelacuran

Imigresen Selamat 10 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Sindiket Pelacuran

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menyelamatkan 10 remaja perempuan bawah umur yang menjadi mangsa eksploitasi seks oleh sindiket pelacuran yang berselindung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd