• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buli: 3 Pelajar Asrama Penuh Ditahan

oleh Ahmad Albab
30/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI ISKANDAR – Polis menahan tiga pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Parit, dekat sini, dipercayai memukul dan membuli dua pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata akibat kejadian itu, dua pelajar Tingkatan Satu sekolah berkenaan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh kerana mengalami kesakitan di kepala dan badan.

Beliau berkata, kejadian berlaku di bilik menonton asrama sekolah jam 1 pagi semalam dan polis menerima laporan kejadian jam 9.50 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati, pengadu dipukul sekumpulan pelajar lelaki yang muka mereka ditutupi kain dalam gelap sehingga menyukarkan pengadu mengenal pasti saspek.

“Pengadu mengesyaki pelajar yang memukulnya adalah pelajar senior Tingkatan Tiga kerana kira-kira tiga minggu lalu, pengadu ada melaporkan kepada pihak sekolah mengenai kegiatan mereka yang selalu meminta duit.

“Ketika sedang tidur pengadu mendakwa dibawa seorang pelajar yang tidak dikenali ke bilik menonton di blok asrama sama,” katanya di sini, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, sebaik sampai di bilik menonton berkenaan, barulah pengadu tersedar bahawa keadaan di dalam bilik itu gelap.

Katanya, pengadu kemudian ditendang dan dipukul di bahagian hadapan dan belakang badan termasuk di kepala beberapa kali.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu, pengadu berada dalam keadaan lemah dan suspek membiarkan pengadu beberapa minit sebelum dipukul sekali lagi oleh sekumpulan pelajar.

“Pengadu cuba menjerit tetapi mulutnya ditutup manakala beberapa pelajar lain yang terbabit memukul pengadu memegang kaki dan tangan serta menumbuk bahagian perut beberapa kali dengan kuat.

“Pengadu turut diberikan amaran oleh pelajar yang memukulnya supaya tidak menghebahkan kejadian itu dan mengarahkan pengadu supaya beredar dari bilik berkenaan dalam tempoh lima minit jika tidak mahu dipukul lagi,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini polis sudah menahan tiga pelajar Tingkatan Tiga sekolah terbabit bagi membantu siasatan dan masih mengesan beberapa lagi pelajar yang terbabit dalam kes berkenaan.

Katanya, ketiga-tiga pelajar yang ditahan diambil keterangan semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes bulipelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd