• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan Mata Wang Kripto Berisiko

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengguna dinasihatkan supaya lebih berhati-hati sebelum terlibat dengan sebarang pelaburan atau urus niaga mata wang kripto yang semakin mendapat perhatian.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pelaburan seperti itu masih belum dikawal selia di negara ini dan pengguna perlu bersedia menganggung risikonya sendiri.

“Agak sukar untuk mengawal pelaburan seperti ini kerana ia adalah satu bentuk mata wang yang dijalankan secara maya.

“Sebab itu jika berlaku sebarang masalah atau kerugian, pelabur itu perlu menanggungnya risikonya sendiri kerana tidak ada pihak yang boleh memberi jaminan untuk mendapatkan semula wang yang telah rugi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keuntungan atau kerugian daripada pelaburan ini juga tidak dapat ditentukan kerana kestabilannya tidak boleh dijangka.

“Walaupun urus niaga mata wang kripto ini digunakan untuk beberapa tujuan pembiayaan projek tertentu, kita sebagai pelabur masih tidak pasti sama ada pelaburan itu akan menguntungkan atau sebaliknya.

“Ini kerana ia dijalankan tanpa sandaran dan kita juga tidak tahu apakah faktor-faktor yang memberi kesan kepada kenaikan dan kejatuhan pelaburannya,” katanya.

Tambahnya, kesedaran dan peranan pengguna sendiri amat penting bagi memastikan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Disebabkan itulah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menasihatkan supaya mereka yang berhasrat untuk melabur perlu menanggung segala kemungkinan yang terjadi.

“Memang cryptocurrency ini memang pelaburan yang sedang berkembang tapi dalam masa sama risikonya tidak boleh dijangka,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: Mata wang kriptopelaburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan II,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd