• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Ganti SPR, Tukar Sistem Pemenang Undi Terbanyak

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRU14 pada 9 Mei lalu mungkin menjadi pilihan raya terakhir di Malaysia yang menggunakan sistem first past the post – FPTP – (pemenang undi terbanyak) dan yang terakhir dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang diketahui umum selama ini.

Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC) sedang mengkaji kemungkinan menggantikan sistem FPTP dengan sistem yang dapat memastikan perwakilan berdasarkan nisbah undi yang diperolehi.

“Banyak orang mengadu FPTP ini tak adil, jadi kita sedang kaji sistem yang lebih proportionate.

“Maksudnya jika kamu mendapat 60 peratus undi, kamu mendapat 60 peratus kerusi,” maklum Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Ab Rahman pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Bekas pengerusi SPR itu berkata satu lagi cadangan reformasi termasuklah merancang suatu kaedah undang-undang bagi menubuhkan “suatu badan pengurusan pilihan raya” yang akan menggantikan SPR.

“Boleh jadi SPR, mungkin boleh jadi yang lain, saya percaya negara akan masih memanggilnya Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Tetapi negara ini tidak mahu lagi suruhanjaya yang sebegini, jadi ia mungkin tidak akan dipanggil suruhanjaya lagi,” kata Rashid yang juga Naib Presiden PPBM.

Terdapat 15 agenda reformasi pilihan raya yang akan disemak ERC.

Jawatankuasa ini memiliki masa selama dua tahun untuk menyiapkan cadangannya kepada kerajaan. – Malaysiakini.com

Tags: ERCSPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd