• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Stres: Kemurungan Bagaikan Bom Jangka

oleh Cj Mnh
29/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Individu yang menghidap kemurungan bagaikan bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa sahaja dan akan menjejaskan hubungan bersama keluarga serta komuniti selain memberi kesan kepada prestasi pekerjaan, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye.

Sehubungan itu, jelas Lam Thye, kerajaan perlu membangunkan sebuah indeks tersendiri khusus untuk mengukur kesejahteraan psikologi rakyat, terutamanya dalam kalangan guru dan penjawat awam.

“Langkah ini penting kerana kajian baru-baru ini menunjukkan 4.4 peratus daripada 48,258 responden atau kira-kira 2,000 guru mengalami stres tahap sederhana.

“Sudah tiba masanya untuk Malaysia mempunyai kaedah untuk mengukur kesejahteraan psikologi rakyat kerana kita perlu memastikan bahawa mereka yang menyumbang kepada pembangunan negara mempunyai minda yang positif, matang dan berkeupayaan untuk menjadi produktif, kreatif dan inovatif,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara semalam, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mendedahkan dapatan sebuah kajian pada tahun lalu bahawa terdapat 4.4 peratus daripada 48,258 responden yang terdiri daripada guru mengalami stres tahap sederhana tinggi.

Menurut beliau, keadaan tersebut berpunca daripada pelbagai faktor seperti isu keluarga, kewangan, pentadbiran, bebanan tugas, tidak mendapat penghargaan, kekurangan kemahiran dan tidak dilatih untuk menangani stres. – UTUSAN ONLINE

Tags: kemurunganTan Sri Lee Lam Thye
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Kes 648 Guru Di Melaka Murung, Tertekan

Siasat Kes 648 Guru Di Melaka Murung, Tertekan

27/07/2022
0

AYER KEROH: Jabatan Pendidikan Melaka diarah menyiasat punca 648 daripada 13,976 guru di negeri ini yang menghadapi tekanan dan kemurungan...

Audit Keselamatan Di Taman Permainan Perlu Elak Kemalangan

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd