• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Kes 648 Guru Di Melaka Murung, Tertekan

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Siasat Kes 648 Guru Di Melaka Murung, Tertekan
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH: Jabatan Pendidikan Melaka diarah menyiasat punca 648 daripada 13,976 guru di negeri ini yang menghadapi tekanan dan kemurungan ketika berkhidmat, seperti yang dilaporkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, yang memandang serius perkembangan itu, berkata laporan lengkap berhubung perkara itu perlu dibentangkan kepadanya sebelum dibawa kepada Kementerian Pendidikan.

“Saya ambil serius bebanan tugas guru yang kian mencabar dan saya akan menyiasat isu yang membabitkan lebih 600 guru itu dengan meminta pihak yang berkenaan terutama Jabatan Pendidikan negeri untuk melihat perkara ini dan memaklumkan segera kepada saya.

“Langkah itu bagi membolehkan saya mengenengahkan isu ini kepada kerajaan Pusat,” katanya pada sidang media di Seri Negeri hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh dilaporkan berkata seramai 648 daripada 13,976 guru di Melaka dikenal pasti menghadapi tekanan dan kemurungan ketika berkhidmat, menyebabkan sebahagian besar daripada mereka mengambil keputusan untuk bersara awal.

Keadaan itu dikesan selepas golongan terbabit menjawab saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS) yang diambil secara sukarela melalui Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling (e2PK) Kementerian Pendidikan.

BHonline-

Tags: GurukemurunganMelakatertekan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd