• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ERC Sasar Syor Penambahbaikan Pilihan Raya Dapat Dilaksanakan

oleh Cj Mnh
29/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bidang kuasa pendaftaran dan kawal selia parti-parti politik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta undang-undang khusus berhubung pengendalian kerajaan sementara adalah antara perkara yang berada di bawah kajian Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC).

Pengerusi ERC, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, pihaknya juga akan menjalankan kajian mengenai cadangan pendaftaran pemilih secara automatik serta cadangan had usia pemilih diturunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun.

Beliau memberitahu, pihaknya telah diberi tempoh selama dua tahun untuk menjalankan kajian secara terperinci sebelum mengemukakan syor-syor untuk mewujudkan sistem dan undang-undang pilihan raya yang bersih, adil dan telus.

Katanya lagi, pihaknya juga akan mengkaji undang-undang dan sistem pilihan raya di negara-negara maju untuk mengangkat standard negara ini setara dengan standard antarabangsa.

“Kita akan bekerja bersungguh-sungguh dan saya ingin tengok undang-undang baharu ini dapat diguna pakai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: ERCSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd