• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Hilang Ditemui Selamat

oleh Cj Mnh
29/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelajar perempuan tingkatan tiga, Farah Amani Mohammad Fauzi, 15, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dekat sini pada pagi Isnin lepas, ditemui selamat.

Ibu mangsa Zaleha Kadam, 51, ketika dihubungi Bernama berkata anak bongsu dari dua beradik itu kini berada di Balai Polis Sikamat, Jalan Desa Rhu, Seremban.

“Pada 11.50 pagi tadi, saya menerima panggilan daripada Farah Amani yang menggunakan telefon seorang peniaga buah-buahan yang memaklumkan dia berada berhampiran balai polis itu dan meminta agar kami mengambilnya di sana.

“Sejurus, saya dan suami memintanya menunggu di balai berkenaan sebelum kami bergegas ke lokasi itu. Saya bersyukur dia ditemui selamat,” katanya.

Zaleha berkata anaknya itu kini berada dalam keadaan baik dan keluarganya menyerahkan kepada polis bagi melakukan siasatan.

Sebelum ini, Bernama melaporkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussien Onn itu disedari hilang apabila Zaleha ingin mengejutnya untuk solat subuh pada 5.30 pagi, Isnin.

Susulan kehilangan Farah Amani itu, bapanya Mohammad Fauzi, 49, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. – BERNAMA

Tags: remaja hilangselamat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Emas Ditemukan Lemas, Remaja Masih Hilang

Warga Emas Ditemukan Lemas, Remaja Masih Hilang

16/02/2025
0

KUCHING: Lelaki warga emas yang hilang ketika memukat ikan di sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei di Limbang semalam, ditemukan lemas...

NSTB Sahkan Palam Pintu Alaska Airlines Dikilangkan Di Malaysia, Tetapi Bukan Punca

‘Syukurlah Along Dan Angah Ditemui Selamat’

18/01/2024
0

HULU SELANGOR: Keluarga dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, pagi 1 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd