• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaedah Menang-Menang Dalam Lantikan MPKK

oleh
29/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, berkata pendekatan ‘menang-menang’ akan dilaksanakan dalam lantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini.

Beliau berkata perkara itu akan diperincikan pada perbincangan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang juga merupakan Anggota Parlimen Kuantan.

“Kami akan berbincang pada awal September dan setakat ini, sudah pasti kita mencari penyelesaian terbaik…. win-win solution,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan guru dan wakil Sekolah Menengah Methodist Kuantan ke pejabatnya di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata demikian bagi mengulas kenyataan Fuziah bahawa pihaknya bersetuju dengan mekanisme lantikan MPKK melibatkan kedua-dua pihak, dengan mengambil kira kawasan yang dimenangi oleh sesebuah parti di Parlimen tersebut menjadi anggota majoriti.

Lantikan MPKK berkemungkinan menimbulkan konflik di negeri ditadbir pembangkang memandangkan mereka menerima peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, namun lantikannya dibuat oleh kerajaan negeri.

Pada kunjungan itu, Wan Rosdy menerima sebuah kad ucapan Hari Kebangsaan yang diserahkan 20 wakil guru dan pelajar sekolah berkenaan, meliputi lima kad ucapan terbaik yang dipilih menerusi pertandingan bersempena sambutan bulan kemerdekaan.

Ketua pelajar Wong Chi Ying, 16, berkata pemberian kad ucapan kepada manteri besar Pahang merupakan tradisi sekolah berkenaan sejak enam tahun lepas, menjadikan setiap pelajar semakin kreatif dalam mencari idea menghasilkan kad baharu.

“Kami mengambil masa selama seminggu untuk menghasilkan kad ucapan ini yang menggabungkan semua lima kad terbaik sebelum ditambah dengan ucapan daripada pelajar berkaitan merdeka.

“Penat lelah kami menghasilkan kad itu terbayar apabila melihat menteri besar begitu gembira dan mengambil masa untuk membaca semua ucapan yang ditulis, selain turut meluangkan masa bertemu dengan kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Jangan Jadi ‘Batu Api’ – Wan Rosdy

Lim Guan Eng Jangan Jadi ‘Batu Api’ – Wan Rosdy

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta Penasihat DAP, Lim Guan Eng supaya tidak...

Menteri Besar Pahang Tegas: Isu Sentuh Al-Quran Tidak Boleh Dipandang Ringan

Menteri Besar Pahang Tegas: Isu Sentuh Al-Quran Tidak Boleh Dipandang Ringan

25/02/2026
0

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan bahawa sebarang tindakan atau kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama, khususnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd