• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satiananthan Naik Angin Tiga Tonggak Ingkar Arahan

oleh
29/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Ketua jurulatih Felda United, B. Satiananthan ‘naik angin” dengan tiga tonggak utama pasukan itu yang didakwanya enggan mengikut arahannya sehingga menyebabkan pasukan tewas 0-1 ketika bertemu PKNS FC malam tadi.

Rentetan itu, beliau berkemungkinan mengambil tindakan tegas iaitu tidak menurunkan mereka dalam baki dua perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Malaysia selepas ini.

“Saya tidak mahu sebut siapa tapi ada pemain yang ingat mereka lagi bagus daripada jurulatih… selepas ini saya tidak akan menurunkan mereka… saya tidak takut letak pemain muda, saya sudah menurunkan Muhammad Zahril Azri Zabri yang dibawa dari pasukan bawah 19 tahun dan kini dia menunjukkan prestasi cemerlang.

“Saya ada lima lagi pemain muda yang boleh ganti mereka… saya tidak kira mereka pemain import, arahan jurulatih mesti didengari,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak di sini, malam tadi.

Satiananthan juga meluahkan rasa kecewa dengan corak permainan pemainnya yang gagal memanfaatkan banyak peluang sehingga memusnahkan rekod tanpa kalah Felda United pada saingan Piala Malaysia.

“Bermain di padang rumput tiruan di Stadium Tun Abdul Razak turut memberi kesan kepada prestasi pemain dan mereka seolah-olah takut bermain di tempat sendiri,” katanya.

Sementara itu, pengendali PKNS FC Datuk K. Rajagobal memuji komitmen dipamerkan anak buahnya apabila mencatat kemenangan ke atas Felda United.

Katanya pujian itu juga wajar diberikan memandangkan ini kali pertama anak buahnya beraksi di atas padang tiruan, selain menunjukkan disiplin tinggi dalam mengikut arahan yang diberikan. “Mungkin mereka sedar dan mengambil iktibar daripada perlawanan lalu yang mana kita tewas 3-2 pada Felda United meskipun sudah mendahului 2-0,” katanya.

Rajagobal berkata peluang PKNS FC masih cerah untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia dan pasukannya akan memberi tumpuan kepada baki dua perlawanan, satu persatu. – BERNAMA

Tags: Felda United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Hargai MFL Tunda Perlawanan Liga Super

23/05/2019
0

KUANTAN - Pasukan Pahang menghargai tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan Liga Super berdepan Felda United di Kuantan...

Kesilapan Mudah Punca Felda United Diratah Melaka United

16/09/2018
0

MELAKA — Terkejut, itu reaksi Ketua Jurulatih Felda United, B. Sathianathan selepas melihat pasukannya diratah 1-6 oleh Melaka United pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd