• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Halusi Syarat Pembelian Kediaman Forest City

oleh
28/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bagi memperhalusi syarat-syarat pembelian unit kediaman Forest City, Johor sebelum membenarkan rakyat asing membeli hartanah yang membabitkan pelaburan sehingga US$100 bilion, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu diputuskan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa mempengerusikan Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara di Perdana Putra di sini, yang akan dianggotai oleh kementeriannya, Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Johor.

“Keputusan sama ada kediaman itu boleh dijual kepada warga asing masih belum diputuskan lagi, sebab itu kita kena bermesyuarat untuk menyemak dan meneliti selain melihat mekanisme penjualan dan pembelian itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara, di sini hari ini.

Katanya beliau telah diarahkan untuk mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu untuk berbincang dengan agensi atau pemaju terlibat.

Zuraida mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa Malaysia tidak akan membenarkan warga asing untuk membeli unit kediaman dalam projek Forest City bernilai US$100 bilion (RM410 bilion).

Perdana Menteri menyatakan bantahan itu adalah kerana Forest City dibina untuk warga asing dan bukan dibina untuk rakyat Malaysia memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli hartanah tersebut.

Rakyat Johor mengadu sejumlah besar warga China membeli hartanah di Forest City selain kebimbangan kerosakan alam sekitar, lambakan dalam pasaran hartanah dan impak tambakan tanah terhadap perikanan.

Menurut Zuraida, beliau difahamkan bahawa ada beberapa warga asing telah membeli hartanah Forest City itu dan mekanisme penjualan tersebut dilakukan di China, bukan melalui Malaysia.

“Kita mahu melihat bagaimana mekanisme yang dipersetujui sebelum ini. Kementerian tidak mempunyai sebarang keterlibatan dalam projek Forest City ini. Projek ini pun tidak pernah masuk ke dalam mesyuarat Perancangan Fizikal Negara untuk mendapat keluluskan,”katanya.

Dalam pada itu, Zuraida berkata pemaju dan pihak berkaitan perlu tampil dan memberi penjelasan menyeluruh kepada kerajaan berhubung projek tersebut.

Country Garden Pacificview Sdn Bhd, pemaju dan pengendali projek Forest City, dalam satu kenyataan semalam berkata ia mematuhi semua undang-undang dan peraturan dengan kelulusan yang diperlukan untuk menjual unit kediaman dan komersilnya kepada pembelian asing.

Country Garden telah membangunkan sebahagian kecil kawasan tambakan dirancang seluas 20 kilometer persegi, dengan 70 peratus pembeli pangsapuri pada tahun lalu merupakan warga China.

Dalam perkembangan lain, Zuraida menggesa pemaju yang ingin membangunkan projek berimpak tinggi di satu-satu kawasan agar mengadakan sesi ‘townhall’ bersama penduduk setempat bagi mengelakkan bantahan besar-besaran.

“Kita tidak mahu selepas mendirikan papan iklan luar, baru ada bantahan daripada penduduk kerana mereka tidak tahu projek ini. Maka, projek akan tergendala. Jadi, kita minta pemaju membuat kajian impak sosial (SIA) agar penduduk tahu tentang projek ini.

“Apa jua bantahan atau maklum balas, boleh terus dipertimbangkan untuk diserapkan dalam pembangunan kawasan itu,” katanya, menambah antara sebab penduduk membantah ialah isu trafik, kesesakan, keselamatan, kehilangan punca pendapatan dan alam sekitar.

Sebanyak tujuh pelan penstrukturan dan lima projek pembangunan di Pahang, Johor dan Selangor dibentangkan pada mesyuarat Perancangan Fizikal Negara itu. – BERNAMA

Tags: Forest CityZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

13/05/2024
0

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa dakwaan mengenai cadangan pembinaan kasino di Forest City di Iskandar Puteri...

Dakwaan Bina Kasino Di Forest City: Polis Akan Panggil Beberapa Individu Lagi

Dakwaan Bina Kasino Di Forest City: Polis Akan Panggil Beberapa Individu Lagi

06/05/2024
0

Kuala Lumpur : Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung penerbitan artikel mengenai rancangan pembangunan kasino di Forest...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd