• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ingin Jaga Reputasi, Punca Saiful Apek Enggan Sertai MLM

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWARAN hadiah lumayan mencecah separuh juta dan meraih perhatian peminat, siapa mahu menolak apabila ditawarkan untuk menjadi peserta Maharaja Lawak Mega, kan?

Namun, ganjaran tersebut langsung tidak dipandang pelawak dan pelakon, Saiful Apek atau nama sebenarnya, Saifulazam Mohamed Yusoff, 46.

[BERKAITAN: Senario Belum Berkubur – Lan Pet Pet]

Menurut laporan portal MStar, figura yang popular bersama kumpulan Senario itu menolak untuk menyertai MLM kerana ingin menjaga kedudukannya sebagai senior dalam gelanggang lawak tanahair.

“Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai MLM namun saya menolak kerana berasa ia sudah tidak penting buat saya.

“Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak, kenapa pula saya mahu jadi peserta?

para-juri-maharaja-lawak

“Lagi pula tiada apa lagi hendak dibuktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memegang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut,” ujarnya.

Tambah Apek, program tersebut bukanlah kayu pengukur kualiti seseorang pelawak kerana ia pentas pertandingan yang hanya disiarkan untuk pelanggan stesen TV berbayar, Astro sahaja.

“Bagi saya untuk mengukur tahap kualiti seseorang pelawak bukan di pentas MLM kerana ia hanya di pentas Astro dan bukan di pentas Malaysia.

“Orang yang melanggan Astro sahaja kenal pelawak tersebut sebaliknya yang tiada stesen tersebut tidak mengenali mereka,” tuturnya lagi.

Saiful turut berkata, pelawak kini terlalu dimanjakan dengan wang ringgit berbanding ketika zamannya dahulu bersama Senario.

Situasi tersebut dianggapnya menyebabkan kedudukan pelawak-pelawak ‘junior’ tidak kekal lama di persada seni.

SENARIO

“Sekarang sangat berbeza. Semasa dengan Senario dulu…kami habiskan masa berbulan-bulan untuk buat album hingga ada tujuh buah album dan konsert sendiri untuk dapat hidup selesa.

“Sekarang buat show lima minit sahaja dah dapat RM500,000. Namun apa yang saya lihat jika cepat mereka meraih populariti, maka cepat juga akan dilupa,” kata Apek.

Dalam pada itu ujar bapa kepada dua anak itu, dia tidak lagi mempunyai impian untuk dikejar dan kini memperlahankan tawaran yang diterima kerana ingin meluangkan lebih masa bersama keluarga.

“Alhamdulillah, hidup saya kini lebih terurus dan memang saya mengehadkan aktiviti di televisyen. Tetapi saya banyak buat kerja luar seperti jemputan di sekolah-sekolah.

“Mereka jemput saya untuk bagi ceramah tentang kehidupan dan kepentingan keluarga dari sudut pendidikan. Saya rasa puas melakukan itu walaupun tidak dibayar,” tambahnya.

– MYNEWSHUB.CC

Salah Satu Episod Program Lawak Senario TV3

Tags: Maharaja LawakpelawakSaiful
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

03/07/2024
0

Shah Alam : Pelawak serta isterinya yang ditahan polis berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah...

Hingga Ke Saat Terakhir, Nazar Mohammad Tetap Membahan Taliban

13/10/2021
0

PADA bulan Julai lalu seorang pelawak Afghanistan dibunuh oleh Taliban, tetapi apa yang dia lakukan adalah, bagi ramai pihak sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd