• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nabila Razali Tak Sedar Nyanyian Sumbang, Dah Lali Dikecam

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Nabila Razali menerima kecaman hebat pengguna laman sosial apabila dikatakan gagal menyampaikan lagu dengan baik di Konsert Havooc yang bersiaran secara langsung di TV3 pada malam Ahad lalu.

Nabila, 25, berkata dia terkejut membaca komen-komen yang ditinggalkan netizen dan mengakui tidak menyedari nyanyiannya itu sumbang apabila didengar menerusi televisyen.

“Saya terkejut apabila membaca kritikan tersebut dan tak sedar jika cara nyanyian saya seakan-akan tidak kena di televisyen kerana semasa di Studio Sri Pentas 2 semuanya okay sahaja.

Nabila menyanyikan lagu popularnya berjudul Pematah Hati.

“Lagi pula, penonton yang hadir di studio turut sama-sama enjoy dengan nyanyian lagu itu. Mungkin sebelum persembahan itu saya terlalu seronok bergelak sakan menyertai aktiviti yang dijalankan sampai hilang fokus nyanyian.

“Saya akui malam itu bukanlah persembahan yang terbaik dan hanya ingin menghiburkan penonton di studio dan di rumah,” katanya kepada mStar Online.

Dalam konsert yang bersiaran selama dua jam itu, Nabila menyampaikan lagu popularnya berjudul Pematah Hati.

Nabila membalas komen seorang pengguna Twitter.

Selain Nabila, penyanyi lain yang turut membuat persembahan ialah Ayda Jebat, Khai Bahar, Aiman Tino, Mark Adam, Ernie Zakri, Kaka Azraf dan Achey.

Dalam pada itu, penyanyi yang mula dicungkil bakat menerusi program realiti Akademi Fantasia 2013 ini mengakui sudah lali dengan kecaman.

Bagaimanapun, dia berjanji untuk terus memperbaiki mutu nyanyian dan menerima kritikan tersebut dengan hati terbuka.

“Ini bukan kali pertama dikecam, sebelum ini pun ada dan saya tak boleh nak puaskan hati semua orang.

“Saya terima semua komen dengan hati terbuka dan berjanji buat lebih baik lagi pada masa akan datang.

“Saya pun masih belajar dan niat hanya untuk menghiburkan peminat. Jika mereka terhibur sudah cukup menggembirakan saya,” ujarnya. – mStar Online

Tags: nabila razalipenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd