• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Hak Imigresen’ Melarang Individu Masuk Sarawak

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Bukan urusan politik. Ia adalah demi kemakmuran dan keamanan negeri Sarawak.

Itu penegasan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berhubung tindakan Kerajaan Negeri Sarawak menghalang beberapa individu dari Semenanjung dan Sabah daripada memasuki negeri itu.

Individu yang dimaksudkan termasuk Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan blogger Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Tegas Abdul Karim, hak imigresen adalah ‘hak negeri’ yang diperoleh sewaktu Perjanjian Malaysia pada 1963, dan ia kekal tidak kira parti mana yang memerintah negeri Sarawak.

“Kecuali jika hak itu dikeluarkan, dipinda ataupun Kerajaan Negeri Sarawak membatalkan, baru hak itu boleh hilang dengan sendiri. Pada pendapat saya, hak imigresen tersebut perlu dikekalkan sampai bila-bila,” katanya.

Katanya, memang ada banyak pihak yang menulis kepada Kerajaan Negeri agar status mereka disemak semula, malah tidak kurang yang tidak berpuas hati.

“Kerajaan Sarawak bukannya mengambil keputusan sebarangan untuk menyekat sesiapa masuk ke negeri ini. You must come from a list. Ada senarai yang diberikan (kepada pihak berkuasa) bersama sebab-sebab tertentu seseorang individu itu ditegah masuk.

“Mungkin disebabkan ucapan individu itu dahulu atau mungkin individu itu terlibat dalam kes-kes tertentu,” kata Abdul Karim ketika ditemui di sidang media penganjuran Miss Malaysia World 2018 yang akan berlangsung di Kuching bulan depan.

Untuk rekod, sejak era bekas ketua menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, Sarawak telah melaksanakan peraturan ketat untuk menghalang pemimpin politik yang lantang untuk memasuki negeri itu.

Difahamkan, ia bertujuan untuk mengelakkan risiko perpecahan selain gugatan kepada keharmonian penduduk pelbagai kaum di negeri tersebut.

Antara yang pernah dihalang masuk Sarawak termasuk pendakwah terkenal, Ahmad Deedat. – Astroawani.com

Tags: Imigresensarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd