• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemalangan Babit 10 Kenderaan, Lebuh Raya Sesak Teruk

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemalangan membabitkan 10 kenderaan di Kilometer 447, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, di sini hari ini mengakibatkan kesesakan teruk menghala ke pusat bandar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, kereta jenis Proton Saga FLX turut musnah terbakar selepas melanggar bahagian belakang Perodua Alza.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bonny Martin Saging Mato berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.29 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, anggota bomba memadamkan kebakaran kereta seterusnya membuat pemeriksaan pada kenderaan lain yang turut terlibat dalam kemalangan berkenaan bagi memastikan terdapat mangsa atau tidak.

“Mangsa di dalam kenderaan terbakar berjaya keluar dari kenderaan sebelum pihak bomba tiba. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bonny Martin memberitahu, akibat daripada kemalangan tersebut, berlaku kesesakan yang teruk sepanjang lebih enam kilometer dari Plaza Tol Rawang ke ke susur keluar pusat bandar.

“Pihak bomba mengalihkan kenderaan yang terlibat daripada laluan lebuh raya bagi memberi laluan kepada kenderaan lain untuk meneruskan perjalanan,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tags: kemalanganLebuhraya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd