• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Cubit Bayi

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang bayi asuhannya, minggu lepas.

Mas Haimi Mohd Zaini,33, didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap bayi lelaki berusia 10 bulan itu dengan mencubit dadanya di ruang tamu sebuah rumah di Taman Seri Serdang di sini pada 9.30 pagi, 20 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Che Rohana Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Nor Aziah Hasan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff.

Media sebelum ini melaporkan pengasuh berkenaan didakwa mencubit bayi itu sehingga mendatangkan lebam di bahagian dada dan perut akibat berang dan tidak tahan apabila bayi tersebut sering menangis. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Dera BayiPengasuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

2 Pengasuh TASKA Direman Enam Hari

2 Pengasuh TASKA Direman Enam Hari

07/09/2024
0

Besut : Dua pengasuh wanita direman enam hari susulan penularan video kes dera kanak-kanak di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd