• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan APMM Direman Bantu Siasatan Kes Rasuah

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI – Seorang Leftenan Komander Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.

Permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Majistret/Sesyen Kemaman Badrul Munir Mohd Hamdy.

Sumber SPRM mengatakan suspek yang bertugas sebagai Pegawai Pemerintah di sebuah kapal itu dipercayai menerima wang rasuah berjumlah antara RM4,000 hingga RM9,000 daripada tauke kapal dari 2016 hingga 2017.

Wang itu yang dimasukkan ke dalam akaun individu lain sebagai balasan bagi melepaskan bot nelayan asing yang ditahan APMM kerana kesalahan menceroboh perairan negara khususnya di perairan Terengganu.

Lelaki tersebut juga disyaki terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram hasil kegiatan rasuah itu.

“Suspek ditahan pada 11.20 pagi semalam di Dewan Majlis Daerah Pasir Putih, Kelantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFUPUAA 2001) ,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: APMMKes Rasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd