• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Perlu Menang Untuk Jadi Ejen Semak Dan Imbang

oleh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Matlamat utama PAS memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia adalah untuk memperkuatkan lagi elemen semak dan imbang dalam sidang DUN Selangor.

Calon PAS, Dr Halimah Ali bagi PRK DUN Seri Setia berkata suara pembangkang serta pemantauan terhadap pergerakan kerajaan negeri akan menjadi lebih kuat sekiranya kemenangan itu berpihak kepada parti tersebut.

“Kalau tidak ada ‘check and balance’ (semak dan imbang), maka tiada kuasa pembangkang yang akan meneliti atau memerhati apa yang dilakukan oleh kerajaan (Pakatan Harapan).

Oleh itu kita mesti pastikan suara umat berada di dalam sidang DUN Selangor supaya suara rakyat di blok pembangkang boleh dilontarkan tanpa rasa takut serta membentangkan isu-isu sebenar,” katanya ketika majlis pertemuan calon bersama pimpinan dan jentera PAS dan UMNO di kawasan lapang berdekatan Masjid Kampung Lindungan, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Datuk Noraini Ahmad dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam.

Dr Halimah yang merupakan bekas anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata gelombang ‘hijau dan merah’ (PAS dan UMNO) kali ini memberi hikmah untuk meraih sokongan pengundi dan seterusnya memenangi kerusi DUN Seri Setia.

Pada 8 Sept ini, Dr Halimah yang merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang bakal berdepan satu lawan satu, menentang calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar untuk merebut jawatan ADUN Seri Setia.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: PASPRK Seri Setia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd