• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tamparan Kepada Skuad Terjun Susulan Pandelela Cedera

oleh
27/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Skuad terjun negara menerima tamparan hebat apabila Pandelela Rinong terpaksa menarik diri daripada acara 10 meter platform seirama wanita pada hari pembukaan acara terjun Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, bermula esok.

Pemangku ketua jurulatih skuad terjun negara, Zhang Yukun yang ditemui media Malaysia di sini hari ini, memaklumkan ratu terjun negara itu mengalami kecederaan belakang yang serius semasa sesi latihan, semalam, menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada acara berkenaan esok.

“Saya tidak pasti sama ada beliau dapat menyertai acara individu, namun saya berharap beliau dapat kembali pulih kerana Pandelela adalah prospek pingat kepada Malaysia pada Sukan Asia ini,” kata Zhang.

Nur Dhabitah Sabri akan menggantikan Pandelela, dan akan bergandingan dengan penerjun veteran, Leong Mun Yee dalam acara tersebut.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas dalam acara terjun pada Sukan Asia sejak acara berkenaan mula dipertandingkan pada edisi 1951 di New Delhi, India. – BERNAMA

Tags: Pandelela Rinong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pandelela, Dhabitah Berganding Semula

06/04/2022
0

PERSOALAN mengenai siapa yang akan menjadi pasangan baharu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10 meter (m) platform...

Agong Zahir Tahniah, Bangga Kejayaan Pandelela

06/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada penerjun negara, Pandelela Rinong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd