• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Sekatan Pembalakan Di Gua Musang Dirobohkan

oleh Cj Mnh
27/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan hari ini bertindak meroboh tiga sekatan pembalakan yang dibina masyarakat Orang Asli di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata tiga sekatan tersebut, masing-masing di Kampung Depak di Pos Tohoi, Kampung Cawas di Pos Bihai dan Kuala Wok Wok di Pos Pasik.

“Kerja-kerja merobohkan tiga sekatan tersebut bermula pada pukul 10 pagi tadi dan berakhir setengah jam kemudian dan telah diberitahu lebih awal kepada penduduk,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi tersebuti.

Mohd Taufik berkata operasi merobohkan sekatan yang dibina kira-kira tujuh tahun lepas itu dilakukan oleh 200 kakitangan JPNK dan PTG Kelantan sambil diawasi 234 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

“Seramai 150 masyarakat Orang Asli berkumpul di tiga sekatan berkenaan namun tiada sebarang bantahan ataupun pergaduhan berlaku ketika operasi tersebut dijalankan.

“Operasi tersebut hanya membabitkan sekatan pembalakan dan bukan pondok tempat mereka berteduh dan kami turut menasihatkan mereka supaya tidak lagi membina sekatan selepas ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: dirobohkansekatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AS Kenakan Sekatan Ke Atas Bank Myanmar

AS Kenakan Sekatan Ke Atas Bank Myanmar

22/06/2023
0

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengenakan sekatan terhadap Kementerian Pertahanan dan dua bank terbesar dikuasai rejim Myanmar, ketika pentadbiran...

Sekatan Terhadap Rakyat Palestin Ke Al-Aqsa Ketika Ramadan

Sekatan Terhadap Rakyat Palestin Ke Al-Aqsa Ketika Ramadan

21/03/2023
0

ISTANBUL: Israel mengumumkan sekatan terhadap rakyat Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan. Ikuti Mynewshub: Telegram "Wanita dari semua peringkat umur,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd