Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Peragut Tak Sedar Dedah...

JAKARTA - Tindakan dua lelaki meragut telefon pintar seorang wanita yang sedang menggunakan...

Lama ‘Hilang’, Iqram Kini...

SETELAH beberapa ketika dirinya dibayangi dengan kontroversi hangat, kini pelakon Iqram Dinzly berasa...

Doping: Chong Wei Menanti...

PERJALANAN masa menyaksikan 2014 telah pun berlalu bagi memberi ruang buat tahun 2015...

Jaga Kesihatan, Elak Berada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai...

3 Sekatan Pembalakan Di Gua Musang Dirobohkan

GUA MUSANG – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan hari ini bertindak meroboh tiga sekatan pembalakan yang dibina masyarakat Orang Asli di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata tiga sekatan tersebut, masing-masing di Kampung Depak di Pos Tohoi, Kampung Cawas di Pos Bihai dan Kuala Wok Wok di Pos Pasik.

“Kerja-kerja merobohkan tiga sekatan tersebut bermula pada pukul 10 pagi tadi dan berakhir setengah jam kemudian dan telah diberitahu lebih awal kepada penduduk,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi tersebuti.

Mohd Taufik berkata operasi merobohkan sekatan yang dibina kira-kira tujuh tahun lepas itu dilakukan oleh 200 kakitangan JPNK dan PTG Kelantan sambil diawasi 234 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

“Seramai 150 masyarakat Orang Asli berkumpul di tiga sekatan berkenaan namun tiada sebarang bantahan ataupun pergaduhan berlaku ketika operasi tersebut dijalankan.

“Operasi tersebut hanya membabitkan sekatan pembalakan dan bukan pondok tempat mereka berteduh dan kami turut menasihatkan mereka supaya tidak lagi membina sekatan selepas ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori