• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banyak Lagi Akan Dikorban Akibat Tiada Hasil GST

oleh Haris
26/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini diumumkan oleh perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bantuan kewangan BR1M dikurangkan dan akan dibatalkan.

Kerajaan PH memberi alasan mudah ini dilakukan supaya rakyat tidak malas dan bergantung pada bantuan kerajaan.

Bukan lagi rahsia bahawa pengurangan perbelanjaan kerajaan yang dimulakan PH sejak mula berkuasa ini disebabkan oleh kekurangan hasil selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihentikan.

Sebenarnya agak mustahil PH yang ramai pemimpinnya merupakan bekas menteri dan ketua agensi-agensi kerajaan tidak mempunyai gambaran kedudukan kewangan negara sebelum menabur janji.

Sebab yang paling dapat diterima ialah mereka tahu tetapi sengaja memberikan janji populis untuk menipu pengundi.

PH berjanji menghapuskan GST dan meneruskan BR1M untuk memberi harapan kepada pengundi terutama lebih 7 juta yang menerima bantuan tahunan itu.

Mereka sedar hanya janji-janji tidak realistik tetapi menyentuh emosi pengundi yang boleh memberikan mereka undi diperlukan untuk menang.

Mereka mungkin merasakan memungkiri janji selepas menang boleh dilakukan dan akan ditebus semula selepas beberapa tahun.

Berbalik kepada isu BR1M dan GST, bantuan yang dimulakan oleh pentadbiran Najib itu dibolehkan kerana adanya hasil GST.

Itulah antara guna GST, menghasilkan pendapatan yang boleh dikhaskan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Jumlah antara RM40 hingga RM50 yang dikutip setiap tahun itu amat besar dan berguna sebagai sumber pendapatan negara menghadapi sebarang kemungkinan.

Kos sara hidup yang meningkat dibantu dengan bantuan BR1M, dan ini hanyalah satu daripada kegunaan yang dapat diberikan menurut keadaan semasa.

Kerajaan PH sedang bergelut dengan kemerosotan hasil kerajaan kerana menghapuskan GST.

Hasil yang sepatutnya diperolehi pun hilang kerana PH sudah menghentikan kutipan GST lebih awal dengan tiba-tiba pada bulan Jun.

Sejak awal kerajaan PH berkuasa, banyak perbelanjaan perlu telah dihentikan, kerana kekurangan pendapatan.

Hanya satu logik yang pasti akan terus berlaku, yakni banyak lagi belanja lain akan dipotong.

Pemansuhan BR1M ini hanyalah satu daripada banyak yang telah termasuk dalam senarai.

Tetapi tol tidak akan dimansuhkan, kerana jika dilakukan, hasil cukai kerajaan akan lebih merosot, belum lagi termasuk belanja untuk membayar ganti rugi kepada syarikat konsesi yang mendapat projek tersebut semasa PM keempat dulu. – Mynewshub.tv

Tags: GSTpakatan harapanSST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd