• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Terus Komited Jaga Keharmonian

oleh
25/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan sentiasa komited untuk mengangkat agenda penyatuan nasional demi mempertahankan perpaduan sejagat di negara ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat terus memberi komitmen untuk bersama-sama menjaga keharmonian antara kaum dan agama dengan sebaik mungkin.

“Kita tidak mahu budaya etnosentrisme dan perkauman bersarang dalam diri rakyat sehingga menjejaskan hubungan antara kaum khususnya di Sabah.

“Sabah terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang sudah tentu menjadi keunikan dan khazanah berharga yang perlu dipelihara secara turun temurun. Dengan itu marilah kita bersama-sama menjaga sensitiviti dan menghormati kepelbagaian kepercayaan yang wujud di negeri ini,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar pada majlis perasmian penutupan program keharmonian antara agama, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Malaysia Datuk Baharin Idris dan Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun.

Mengenai program itu, Mohd Shafie berkata ia sangat bertepatan untuk memupuk persefahaman dan semangat toleransi di antara para pemimpin agama di seluruh negara menerusi dialog antara agama yang berteraskan kepada dua paksi hukum agama asas yang diterima ramai iaitu “Kasihilah Tuhanmu dan Kasihilah Sesamamu” tanpa mengira kaum dan agama.

“Sesuatu kemusykilan yang timbul melibatkan isu keagamaan mampu diselesaikan dengan diuruskan secara berkesan apabila wujud ruang interaksi dialog dan perbincangan yang positif demi mewujudkan persekitiran yang harmoni dalam komuniti.

“Budaya membanding-bandingkan sesuatu kepercayaan dan kemudiannya membahaskannya demi memperoleh kebenaran bukanlah cara yang sesuai untuk dipraktikkan di sesebuah negara demokrasi yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan, budaya dan kaum kerana sensitiviti masyarakat berbilang kaum perlu dijaga,” tambahnya.

Beliau berkata keamanan dan kedaulatan negara perlu terus dijaga kerana hanya melalui perpaduan antara kaum yang membolehkan kerajaan melaksanakan segala perancangan dasar pembangunan negara untuk manfaat rakyat. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd