• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Kontra Kembalikan Semula Lebihan Bayaran Cukai Pendapatan

oleh
25/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Kaedah bayaran secara kontra antara langkah yang akan diambil kerajaan untuk mengembalikan semula baki kredit berjumlah RM16,046 bilion kepada pembayar cukai yang membuat lebihan bayaran sebelum ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, bayaran secara kontra itu boleh dilakukan secara berperingkat mulai tahun hadapan dan ia bukan perkara baharu, sebaliknya telah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

“Katakanlah, macam tahun ni dia terlebih bayar, tahun depan dia nak kena bayar lagi, so berapa yang dia nak kena dan berapa yang terlebih bayar, benda tu dia boleh kontrakan begitu sahaja kita boleh kontrakan maknanya mereka tak perlu untuk bayar lagi lah sebab yang extra itu boleh kita kontrakan saja.

“Contoh lain apabila tahun hadapan buat taksiran dan kata dia terlebih bayar RM10,000 dan kena bayar taksiran tahun hadapan dalam RM11,000, so dia cuma kena top-up (tambah) RM1,000 sahaja,” katanya kepada pemberita pada Program Anita Merdeka Ride Kembara Kemanusiaan bersama Parlimen Kubang Pasu di sini, hari ini.

Amiruddin berkata, kerajaan sentiasa mengambil perhatian masalah ini dan akan memastikan lebihan cukai itu dapat dikembalikan semula kepada pembayar cukai.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, baki kredit yang belum dibayar balik oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah berjumlah RM16.046 bilion iaitu membabitkan sebanyak 1,653,786 kes melibatkan syarikat, individu, persatuan dan yayasan.

Baki tunggakan yang amat besar itu disebabkan oleh kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).

Menurut Guan Eng, bayaran balik cukai hanya boleh dilakukan berdasarkan jumlah baki tabung itu dan berdasarkan rekod jabatan Akauntan Negara baki yang sedia ada dalam TBC pada 31 Mei lepas hanya berjumlah RM1.486 bilion.

Dalam pada itu, Amiruddin, yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu berkata, Hutan Lipur Bukit Wang akan dibangunkan semula untuk menjadi pusat pelancongan terkenal di Kedah selepas ia terjejas akibat kegiatan pembalakan tidak terkawal sebelum ini.

“Penduduk juga telah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk sama-sama membantu memulihkan semula kawasan peranginan itu kerana ia menjadi sumber pendapatan penduduk selama ini yang mencari rotan dan sumber air bersih kepada mereka.

“Kita juga akan wujudkan Perkampungan Budaya di sini untuk menghidupkan semula amalan budaya dan tradisi masyarakat Melayu di negeri ini yang kian pupus ditelan zaman,” katanya. – BERNAMA

Tags: Amiruddin Hamzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Bayar Faedah Hutang 1MDB Hampir RM14 Bilion

12/11/2019
0

JAKARTA - Kerajaan terpaksa membayar hampir RM14 bilion untuk faedah bagi hutang 1MDB sehingga tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan,...

Kerajaan Sudah Bayar Faedah RM9 Bilion Hutang 1MDB

18/09/2019
0

KOTA BHARU - Kerajaan telah membayar faedah sebanyak RM9 bilion bagi hutang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd