• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Bayi Direman Tujuh Hari

oleh
25/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang pengasuh berumur 23 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung seorang bayi lelaki empat bulan, Muhammad Ummar Zayyan Mohamad Haikal Hafiz, yang tidak sedarkan diri ketika dalam jagaannya.

Ketua Polis daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata permohonan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Haryatie Mohd Saini.

“Ia bagi membolehkan pihak polis membuat siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, wanita itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Seremban pada 8.45 malam.

Media sebelum ini melaporkan ibu kepada Muhammad Ummar Zayyan, Zura Emilia Mokhtar berkata anaknya yang masih belum sedarkan diri kini sedang dirawat di Pusat Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dekat sini.

Doktor yang merawat mengesahkan anaknya mengalami pendarahan dalam otak dan mata serta diberi bantuan pernafasan. – BERNAMA

Tags: bayiPengasuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd