• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyamun Tinggal Dompet Berisi Wang Palsu

oleh
25/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua lelaki yang disyaki menyamun sebuah kedai pengurup wang di sini pada Isnin lepas, meninggalkan sebuah dompet yang mengandungi wang kertas palsu di premis tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata dompet tersebut mengandungi 11 keping wang kertas RM100 palsu dengan nombor siri BX4937733.

“Wang palsu itu ditemukan juruwang kedai tersebut selepas kejadian samun yang didakwa berlaku pada 11.30 malam, 20 Ogos lepas,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Beliau berkata dua lelaki membuat laporan polis kerana diugut peminjam wang tanpa lesen atau Ah Long ekoran kegagalan menjelaskan bunga pinjaman.

Mohd Wazir berkata mangsa berusia 48 tahun dan bekerja sebagai juruteknik mendakwa telah membayar RM2,700 daripada RM3,000 yang dipinjamnya, namun dimaklumkan jumlah pinjamannya telah meningkat.

“Mangsa diarahkan membayar bunga pinjaman sebanyak RM6,000 dan suspek dikenali sebagai Kenny telah mengunci pintu rumahnya pada Khamis lepas kerana tidak berbuat demikian,” katanya.

Seorang lagi mangsa, katanya iaitu tukang masak berusia 22 tahun yang mengakui membuat pinjaman sebanyak RM3,000 daripada Ah Long pada 8 Ogos, telah membuat laporan polis selepas rumahnya disimbah cat disyaki dilakukan Ah Long terbabit pada Khamis lepas.

“Mangsa mendakwa menerima wang tunai RM2,300 daripada suspek yang dikenali sebagai Weng dan telah membuat bayaran balik sebanyak RM600 pada Rabu, bagaimanapun mangsa diugut untuk membuat bayaran penuh, namun gagal.

Mohd Wazir berkata kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: penyamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangan Hampir Putus Ketika Cuba Rampas Pisau Penyamun

Tangan Hampir Putus Ketika Cuba Rampas Pisau Penyamun

17/09/2023
0

Kota Bharu : "Saya tidak menyangka pelanggan yang sebelum ini pernah datang ke kedai tergamak mencederakan tangan saya sehingga hampir...

Penyamun Berparang Samun 8 Sekeluarga

24/07/2019
0

KUALA LANGAT - Lapan ahli keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka dimasuki tiga penyamun bertopeng yang bersenjatakan parang dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd