• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangan Hampir Putus Ketika Cuba Rampas Pisau Penyamun

oleh Mohd Arshad
17/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tangan Hampir Putus Ketika Cuba Rampas Pisau Penyamun
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : “Saya tidak menyangka pelanggan yang sebelum ini pernah datang ke kedai tergamak mencederakan tangan saya sehingga hampir putus,” kata Ahmad Fathul Aslam Nasharudin, 19.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ahmad Fathul Aslam berkata, dalam kejadian pada 2.30 petang, 6 September lalu, dia yang ketika itu berseorangan di kedai didatangi seorang lelaki yang secara tiba-tiba mengeluarkan pisau dan meminta wang.

Katanya, dia kemudiannya bangun dari kerusi dan berpura-pura mengambil wang dan selepas itu cuba merampas pisau di tangan lelaki berkenaan.

“Pada waktu itu, saya hanya bertawakal kerana sudah nekad tidak akan menyerahkan wang kepada dia.

“Namun saya mengalami kecederaan pada celah ibu jari tangan kanan sehingga putus urat dan tulang kerana pisau disentap lelaki itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bawah Lembah, Bunut Payung, di sini, hari ini.

Katanya, akibat panik, lelaki itu kemudiannya melarikan diri meninggalkan kedai dan menuju ke arah rakannya yang sedang menunggu di atas motosikal.

“Pada ketika itu, dalam keadaan berlumuran darah saya menjerit meminta tolong, namun lelaki terbabit sudah melarikan diri bersama rakannya,” katanya

Anak ketiga daripada sembilan beradik itu berkata, akibat kecederaan yang dialami, dia perlu menjalani pembedahan menyambung kembali urat tangan dan tulang yang patah.

“Selama tiga hari saya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: penyamunputus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MCMC Terima Permohonan Sekat Akaun Facebook SiHulk

Next Post

ASEAN Wilayah Paling Pesat Berkembang 2023 – Anwar

Related Posts

Penyamun Berparang Samun 8 Sekeluarga

24/07/2019
0

KUALA LANGAT - Lapan ahli keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka dimasuki tiga penyamun bertopeng yang bersenjatakan parang dalam...

Juruwang Diacu Pisau Di Langkawi

23/10/2018
0

LANGKAWI - Seorang juruwang sebuah stesen minyak di Jalan Ayer Hangat di sini, melalui detik cemas apabila diacu pisau pada...

Next Post
ASEAN Wilayah Paling Pesat Berkembang 2023 – Anwar

ASEAN Wilayah Paling Pesat Berkembang 2023 – Anwar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd