• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Akan Bantu Isu Yang Timbul Di SBK

oleh
24/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan sewajarnya membantu menyelesaikan isu yang timbul di sekolah bantuan kerajaan (SBK) tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Merujuk kepada insiden pemotongan bekalan elektrik di St John’s Institution, Kuala Lumpur pada Isnin lepas (20 Ogos) akibat tunggakan bil elektrik, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini menyatakan prihatinnya terhadap isu tersebut.

Menurut kementerian itu, St John’s Institution adalah berstatus SBK di mana sumbangan kerajaan terhadap SBK meliputi emolumen untuk guru-guru dan kakitangan sokongan, geran per kapita berdasarkan bilangan murid dan mata pelajaran.

Sumbangan kerajaan turut meliputi lain-lain perbelanjaan berulang tahun (LPBT) bagi tujuan pembayaran bil utiliti seperti telefon, air, eletrik, telegram, setem, internet dan pembetungan yang terhad pada kadar RM5,000 sebulan berdasarkan kelulusan Kementerian Kewangan pada 2015, katanya.

“Pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) bertanggungjawab untuk menampung sebarang lebihan pembayaran bil utiliti tersebut,” kata kemeterian itu.

Bagi tahun 2018 iaitu sehingga Ogos, St. John’s Institution telah menerima peruntukan utiliti sebanyak RM38,155.00, kata kementerian itu.

Menurut Kementerian Pendidikan, bagi menyelesaikan masalah tunggakan bil berkenaan, perbincangan antara pihak sekolah serta LPS bersama-sama TNB telah diadakan dan bekalan elektrik disambungkan semula pada hari yang sama.

Pihak TNB juga telah bersetuju menjadualkan semula bayaran tunggakan, kata kementerian itu.

“Kementerian memandang berat sebarang isu yang berkaitan dengan SBK dan akan mengambil tindakan sewajarnya bersama-sama pihak LPS bagi membantu menyelesaikan sebarang isu yang timbul,tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan,”katanya.

Menurut Kementerian Pendidikan, terdapat 1,928 buah SBK di seluruh negara yang terdiri daripada sekolah mubaligh, sekolah agama dan sebahagian sekolah jenis kebangsaan. – BERNAMA

Tags: Sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd