• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lip Eng Tidak Faham Urus Niaga Yayasan Wilayah Persekutuan

oleh Cj Mnh
24/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan membekukan semua hartanah milik Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) kerana urus niaga yang dijalankan sejak 2009 mengikut prosedur ditetapkan.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, gesaan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng agar kerajaan membekukan semua hartanah tersebut adalah tidak wajar memandangkan beliau tidak mengetahui selok-belok perjalanan yayasan itu selama ini.

“Kerajaan terdahulu tidak melibatkan penyertaan Ahli-ahli Parlimen pembangkang, justeru itu saya berpandangan beliau (Lip Eng) tidak mengetahui segala urus niaga YWP.

“Semua urus niaga hartanah telah mengikut prosedur ditetapkan, jadi saya tidak melihat untuk membekukan semua aset hartanah dimiliki YWP,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pratonton Floria Diraja Putrajaya 2018 di sini hari ini.

Lip Eng sebelum ini mempertikaikan YWP selaku badan kebajikan kerana boleh memiliki pelbagai hartanah seperti lot tanah, kediaman, rumah kedai dan pejabat sekitar Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Tags: Khalid Abdul SamadYayasan Wilayah Persekutuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Ahli Parlimen KL Dilantik Anggota Majlis Menteri

30/05/2019
0

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan pelantikan enam Ahli Parlimen di Kuala Lumpur sebagai anggota Majlis Menteri...

Bantuan Sekolah Tak Kunjung Tiba, Terpaksa ‘Shopping’ Saat Akhir

07/01/2019
0

BERATUS-RATUS murid sekolah di sekitar Kuala Lumpur yang sepatutnya menerima bantuan baju dan kasut sekolah percuma dari Yayasan Wilayah Persekutuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd