• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaftaran GPS: Tunggu Surat Kelulusan ROS

oleh Ahmad Albab
23/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau sudah dimaklumkan bahawa pendaftaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah diluluskan dan hanya menunggu surat rasmi darioada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau ketika ditanya pemberita selepas menghadiri Majlis Qurban Aidiladha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Satok di sini hari ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.

Empat parti di Sarawak iaitu PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokrasi Progresif (PDP) telah mengumum keluar meninggalkan Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum Mei lepas untuk menubuhkan GPS.

Sebanyak enam ekor lembu dikorban dan diagihkan kepada 400 penerima di sekitar Satok dan saudara baharu di Kampung Mongkos, Serian.

Ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang See Chee How yang berpendapat bahawa Kerajaan Negeri tidak perlu tergesa-gesa untuk membina ‘trunk road’ kedua Sarawak memandangkan sudah ada Lebuh Raya Pan Borneo, Abang Johari berkata ia adalah projek Kerajaan Negeri dan beliau tidak perlu mengulas lebih lanjut.

Chee How berkata adalah tindakan yang membazir untuk membina ‘trunk road’ kedua itu memandangkan sudah ada Lebuh Raya Pan Borneo dan Jalan Pesisir Pantai yang dalam pembinaan.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Abang Johari berkata fokus Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan beliau adalah untuk merancakkan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan kemudahan asas seperti bekalan air, khususnya di kawasan luar bandar yang belum mempunyai kemudahan seumpama itu.

Katanya, beliau akan mengumumkan pada November tahun ini pendekatan Kerajaan Negeri bagaimana untuk membangunkan kedua-dua kemudahan itu.

“Walaupun ia memerlukan kos yang sangat tinggi tetapi Kerajaan Negeri akan mencari pendekatan yang terbaik dan bagaimana untuk mendapatkan dana bagi pembangunan projek berkenaan,” kata Abang Johari.

Katanya, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan beliau tidak banyak retorik, sebaliknya memfokus kepada pembangunan negeri dan meningkatkan taraf hidup rakyat serta menjamin keamanan rakyat, negeri dan negara.

Dalam ucapannya Abang Johari turut mengulangi perjuangan Kerajaan Negeri untuk terus memperjuangkan hak-hak negeri Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata dengan izin Allah, kuasa dan hak-hak Sarawak yang terhakis akan dikembalikan. – BERNAMA

Tags: GPSROS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

01/08/2023
0

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa partinya tidak akan sesekali menyertai mana-mana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd