• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Rayu Persekutuan Pertimbang Keputusan Batal ECRL

oleh Ahmad Albab
23/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Negeri merayu kepada Kerajaan Pusat agar mempertimbangkan semula keputusan membatalkan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana ia akan menyebabkan ramai anak tempatan kehilangan peluang pekerjaan.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembatalan itu juga akan merugikan ketiga-tiga negeri – Pahang, Terengganu dan Kelantan, yang mana kerja-kerja awal pelaksanaannya telahpun bermula.

“Di Pahang sahaja, kemajuan yang dicapai ialah antara 13 dan 14 peratus setakat ini. Malah, di tapak-tapak seperti Genting dan Bentong, kerja-kerja mengorek terowong bagi laluan bawah tanah ECRL telahpun bermula.

“Selain itu, kerja-kerja untuk pengambilalihan tanah sudahpun berada di peringkat Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri dan ini termasuk bagi tanah milik persendirian yang perlu kemudian diwartakan untuk ditetapkan jumlah pampasan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

Menurut rekod, seluas 1,394.4 hektar tanah melibatkan 1,545 lot tanah menerusi jajaran sepanjang 232.5 kilometer merentasi daerah Bentong, Temerloh, Bera, Maran dan Kuantan akan terlibat dengan projek ECRL.

Menurut Wan Rosdy daripada jumlah keluasan itu, kira-kira 385 hektar atau 27.6 peratus ialah tanah kerajaan manakala yang lain ialah tanah milik persendirian, tanah rizab Melayu dan hutan simpan kekal.

“Sehubungan itu, saya merayu bagi pihak Kerajaan Negeri serta mereka yang terkesan teruk dengan pembatalan ini khususnya pekerja yang bakal diberhentikan, agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbang semula keputusan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Wan Rosdy Wan IsmailProjek ECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Besar Pahang Tegas: Isu Sentuh Al-Quran Tidak Boleh Dipandang Ringan

Menteri Besar Pahang Tegas: Isu Sentuh Al-Quran Tidak Boleh Dipandang Ringan

25/02/2026
0

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan bahawa sebarang tindakan atau kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama, khususnya...

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

21/09/2025
0

KUALA TERENGGANU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd