• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Jimat RM762 Juta Setahun Menerusi Pasar Tani

oleh
21/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tawaran harga 20 peratus lebih murah di pasar tani seluruh negara dianggarkan mampu mencatat penjimatan perbelanjaan kepada pengguna sebanyak RM762 juta setahun.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohd Radzi Md Jidin berkata jumlah itu merangkumi urus niaga di 733 lokasi pasar tani seluruh negara dengan anggaran 1,000 pengunjung bagi setiap lokasi.

“Tawaran harga lebih murah di pasar tani berbanding pasar awam lain mampu membantu mengurangkan kos sara hidup pengguna, selain menggalakkan lebih ramai pengunjung berbelanja di pasar tani,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Jualan Jimat Belanja Aidiladha Ambang Merdeka di pasar tani Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan Mohd Hafis Nurulhuda.

Program tersebut diadakan serentak di 733 pasar tani seluruh negara bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga yang menjimatkan untuk persediaan sempena sambutan Aidiladha esok.

Antara barangan keperluan yang ditawarkan termasuk daging, ayam, sayur-sayuran, barangan runcit dan juga produk keperluan hari raya seperti kelongsong ketupat dan buluh lemang.

Mohd Radzi berkata jualan penjimatan itu dapat dilaksanakan menerusi produk program ladang kontrak, pembekalan ikan dan hasil laut dari jeti serta barangan runcit yang diimport seperti bawang dan ubi kentang.

Sementara itu, katanya nilai jualan di pasar tani tahun lepas berjumlah RM861 juta manakala hingga Julai tahun ini, sejumlah RM478 juta nilai jualan dicatatkan membabitkan 733 pasar tani di seluruh negara.

Untuk rekod terdapat 73 pasar tani di Kelantan melibatkan 3,032 peserta dengan nilai jualan dari Januari hingga Julai 2018 bernilai RM18 juta. – BERNAMA

Tags: Pasar Tani
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Pasar Tani Akur Ketetapan Harga Ayam Segar

17/02/2022
0

KUALA TERENGGANU : Peniaga pasar tani akur dengan ketetapan harga ayam segar, walaupun bekalan berkurangan. Tinjauan di Pasar Tani Hiliran,...

Pasar Tani Kekal Catat Jualan RM169 Juta

25/09/2018
0

MARAN – Pasar Tani Kekal (PTK) yang diwujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mencatatkan nilai jualan RM169 juta, dari Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd