• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Pasar Tani Akur Ketetapan Harga Ayam Segar

oleh AK-47
17/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Peniaga pasar tani akur dengan ketetapan harga ayam segar, walaupun bekalan berkurangan.

Tinjauan di Pasar Tani Hiliran, peniaga ayam segar masih mengekalkan harga RM8.90 sekilogram (kg), walaupun mengakui bekalan berkurangan.

Peniaga daging juga mematuhi ketetapan harga ditetapkan kerajaan, apabila menjual RM34 bagi setiap kg.

Sementara itu, harga ayam pencen atau ayam tua dijual RM9 seekor berbanding hanya RM7 dan RM8 seekor sebelum ini.

Harga ayam kampung juga meningkat dengan dijual pada harga RM16 seekor berbanding antara RM13 dan RM15 seekor sebelumny

Beberapa pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut melakukan pemantauan harga pelbagai barangan termasuk sayur dan buah-buahan yang dijual.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengesahkan semua peserta pasar tani akur dan mematuhi ketetapan harga terutama membabitkan ayam segar dan daging.

Pegawai urusetia Pasar Tani akan melakukan kutipan senarai harga bagi memastikan peserta tidak menaikkan harga jualan terutama barangan kawalan termasuk ayam dan daging.

Senarai harga dikutip itu akan dihantar kepada Unit Maklumat Pasaran FAMA.

“Sejak berlakunya kekurangan bekalan ayam, kita dapati peserta pasar tani di 12 lokasi seluruh negeri mematuhi harga seperti ditetapkan kerajaan.

“Kita juga akan memastikan harga semua barangan dijual peserta pasar tani lebih segar dan murah jika dibandingkan dengan pasar awam,” katanya.

Mengulas lanjut, FAMA tidak akan bertanggungjawab jika ada peserta pasar tani dikenakan tindakan oleh KPDNHEP kerana menjual barangan melebihi harga ditetapkan.

“Kebiasaannya, kita akan melakukan tinjauan untuk memastikan semua peserta patuh kepada ketetapan kerajaan termasuk mempamerkan tanda harga dan senarai harga terutama membabitkan ayam segar serta daging,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Ketetapan Harga Ayam SegarPasar TaniPeniaga Pasar Tani
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akta Baharu Larang Aktiviti Merokok Akan Diperkenalkan: Khairy

Next Post

Taikun Atau Rakyat?

Related Posts

Pasar Tani Kekal Catat Jualan RM169 Juta

25/09/2018
0

MARAN – Pasar Tani Kekal (PTK) yang diwujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mencatatkan nilai jualan RM169 juta, dari Januari...

Fama N.Sembilan Cadang Wujud Pasar Tani Di Pakar Paroi

24/08/2018
0

SEREMBAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (Fama) Negeri Sembilan bercadang untuk mewujudkan semula pasar tani di Pasar Komuniti dan...

Next Post

Taikun Atau Rakyat?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd